
Salam Aidilfitri! Hari kemenangan selepas sebulan berpuasa.
Dikesempatan ini saya ingin susun 10 jari, dengan rasa rendah hati ingin memohon kemaafan pada semua keluarga, saudara mara, sahabat handai, rakan taulan, juga buat para pelanggan & buat semua di mana jua berada. Walau tangan tidak mampu bersalaman, tapi dihati kita tetap bersaudara. Maafkan segala kesalahan, sikap yang mungkin tidak terjaga, tutur kata yang mungkin membuatmu terluka, gurauan yang mungkin mengusik perasaan.
Semoga Aidilfitri tahun ini amat bermakna buat kita semua. – si penjual telekung lycra 🙂
