Skip to content

Solat Tak Sah Memakai Telekung Lycra?

Apa pendapat Ustaz Azhar Idrus tentang memakai telekung lycra untuk dirikan solat?

Sila tonton video ini!

Yang penting adalah NIAT.

Dua perkara yang elok dilakukan sebelum berniat untuk solat sewaktu kita berdiri tegak sebelum lafaz niat adalah:

Minit pertama – Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dalam diri kita.
Kenangkan kembali siapa kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah-olah tidak layak untuk diberi peluang menghadap yang Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesallah.

Minit kedua – Membangkitkan rasa BERTUAN. Betapa kita diciptakan oleh yang Esa untuk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sebagai seorang Islam, mempunyai Allah yang Esa begitu menyayangi hamba-hambaNya yang hina ini lebih daripada seorang ibu menyayangi anaknya.

Setelah dilakukan kedua-dua perkara ini, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dalam keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus.

Cara-cara solat yang betul, penuh adab dan sopan, sesuai dengan keperibadian kita sebagai wanita dan selayak-layaknya adab semasa menghadap Allah.